Wednesday, November 16, 2011

EP 23 : SALAD MAGGI MEDITERRANEAN DAN KEJU KARI (ZAHIN)




BAHAN-BAHAN:

  • Mee Maggi
  • Perencah Maggi Kari
  • Lada Benggala (potong dadu)
  • Udang
  • Ketumbar (dihiris)
  • Buah Zaitun
  • Keju (diparut)
  • Minyak
  • Limau (Jus)



CARA-CARA PENYEDIAAN:

  1. Potong dan bersihkan udang.
  2. Perapkan ia bersama Perencah Maggi Kari setelah diperap, goreng ia sehingga masak.
  3. Rebus mee Maggi hingga anjal.
  4. Ambil jus limau dan masukkan sedikit Perencah Maggi Kari, sedikit ketumbar, buah zaitun dan lada benggala.
  5. Masakkan gula dan minyak menggoreng udang secukup rasa.
  6. Untuk keju kari, ambil keju yang telah dikisar dan campur dengan sedikit serbuk kari.
  7. Masukkan ke dalam kuali dan masak sehingga garing.

EP 23 : EP MAGGI AGLIO OLIO DAN REMPAH KARI (ZAMIR)



BAHAN-BAHAN MAGGI AGLIO OLIO:

  • Setengah Bawang Holland (dihiris)
  • Satu sudu besar Daun Bawang
  • 1bungkus Maggi Kari
  • Garam secukup rasa
  • Satu cawan air



BAHAN-BAHAN SOS:

  • Air Rebusan Maggi
  • Satu sudu besar Mentega
  • Satu sudu besar Tepung
  • 2 sudu besar Krim
  • Garam secukup rasa
  • Secubit Gula



BAHAN-BAHAN AYAM:

  • 2 paket Rempah Kari Maggi
  • 1 biji lemon
  • Dada Ayam
  • Lada



CARA-CARA PENYEDIAAN MAGGI AGLIO OLIO:

  1. Rebus Maggi bersama secawan air dan perencah kari sehingga al-dente.
  2. Panaskan minyak dan masak bawang Holland sehingga lembut dan masukkan hanya Mee Maggi yang dimasak tadi.
  3. Tambahkan daun bawang dan garam.



CARA-CARA PENYEDIAAN SOS:

  1. Masak mentega dan tepung selama 2 minit sehingga menjadi ‘roux’.
  2. Masukkan air rebusan Maggi tadi dan masukkan krim.
  3. Tambahkan gula dan garam.



CARA-CARA PENYEDIAAN AYAM:

  1. Perap ayam bersama rempah kari dan jus lemon dan lada selama seminit.
  2. Masak ayam selama 15 minit atau sehingga masak.

EP 23 : MAGGI KARI BERGULUNG KASIHKU (SHAHRIAH)




BAHAN-BAHAN:

  • 2 bungkus Maggi Perisa Kari (rebus dan toskan)
  • 3 biji Bawang Putih (dipotong dadu)
  • 3 biji Tomato Ceri (dipotong dadu)
  • Minyak
  • 4 ekor Udang (buang kulit dan dipotong dadu)
  • 3 helai Kobis Panggang (celur dan keringkan)



BAHAN-BAHAN SOS:

  • Daun Ketumbar (mayang halus)
  • Tomato Ceri (dipotong dadu)
  • Minyak
  • Lemon
  • Garam
  • Lada Sulah
  • Lada Hitam



CARA-CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih, tomato ceri dan udang.
  2. Masukkan maggi yang telah telah dicelar dan campurkan bersama rempah kari. Angkat dan ketepikan.
  3. Bentangkan daun kobis celur. Isikan dengan maggi goreng. Gulungkan dengan kemas.
  4. Curahkan bersama sos diatasnya dan hidangkan.


EP 23 : MAGGI BERSAMA SOS TOMATO DAN UDANG (MASTURA)



BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus Maggi Perisa Kari
  • Tomato (dikisar halus)
  • Lada Benggala Merah (dibakar atas api)
  • Lada Bengala Hijau (dibakar atas api)
  • Daun Thyme Segar
  • Lada Hitam
  • Bawang Putih (dicincang halus)
  • Cili Padi (dicincang halus)
  • Garam
  • Gula
  • Udang (disiang kulitnya)




CARA-CARA PENYEDIAAN:

  1. Celur maggi dan toskan dan letakkan sedikit minyak.
  2. Lada benggala yang direndam dengan air dan kopek kulitnya lalu dipotong dadu.
  3. Tumiskan bawang putih sebentar kemudian masukkan tomato kisar tumiskan kemudian masukkan lada benggala.
  4. Apabila sudah mendidih, masukkan udang, lada hitam, cili padi thyme, garam dan gula.
  5. Setelah 3-5 minit memasak udang tersebut, ia boleh dihidangkan.

MAGGI DIANA (DEENA)




BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus Maggi Perisa Kari
  • 2 biji Bawang Putih (dicincang)
  • 1/2 biji Lada Benggala (dipotong halus)
  • 2 ekor Udang
  • 2 biji Telur
  • Gula dan Garam secukup rasa
  • 100gm Keju Parmesan



CARA-CARA PENYEDIAAN:

  1. Rebus mee maggisehingga separuh masak. Selepas masak, toskan maggi tersebut.
  2. Tumis bawang putih, masukkan udang, lada benggala dan perencah kari.
  3. Goreng telur dadar, biar telur menjadi lapisan nipis - untuk menggulung.
  4. Letakkan maggi goreng tadi ke atas telur dan gulungkan telur dadar tadi yang berisi maggi menjadi empat segi.
  5. Goreng udang, kemudian salutkan dengan parmesan dan goreng sekali lagi.
  6. Hiaskan kesemua makanan diatas pinggan.
  7. Akhir sekali, taburkan perencah kari dan keju parmesan di atas pinggan.

Tuesday, November 15, 2011

CRUMBLE BUAH-BUAHAN (KUMP BIRU)


Pasukan Biru: Shahriah (Ketua Kumpulan), Ary Malik, Deena, Zamir, Zahin, Kamaruzzaman, Azlina, Mastura, Brian


BAHAN-BAHAN CRUMBLE:

  • Tepung
  • Mentega (sejuk)
  • Kacang Badam (dikisar)
  • Serbuk Susu
  • Gula Merah
  • Garam
  • Nenas
  • Manga
  • Strawberi
  • Gula Icing
  • Air

BAHAN-BAHAN KUSTARD:

  • Kuning Telur
  • Susu (suam)
  • Gula
  • Tepung Jagung



CARA-CARA PENYEDIAKAN CRUMBLE:

  1. Gaulkan semua bahan crumble dan bakar di ketuhar selama 20 minit pada suhu 180 darjah celcius.
  2. Masak buah-buahan selama 10 minit atau sehingga semua rasa rehat.
  3. Letak buah-buahan di bawah dan taburkan crumble di atas.



CARA-CARA PENYEDIAKAN KUSTARD:

  1. Tuangkan susu ke dalam telur perlahan-lahan sambil memukul.
  2. Letakkan mangkuk campuran tadi di atas periuk yang ada air mendidih dan kacau selama 10 minit.
  3. Letakkan tepung jagung jika tidak cukup pekat.

AYAM MEDITERRANEAN (KUMP BIRU)

Pasukan Biru: Shahriah (Ketua Kumpulan), Ary Malik, Deena, Zamir, Zahin, Kamaruzzaman, Azlina, Mastura, Brian



BAHAN-BAHAN:

  • Ayam bahagian dada (dipotong bahagian kecil dan dibuang kulitnya)
  • Bawang Putih dipotong dadu
  • Bawang Holland (potong dadu)
  • Tomato Paste dan Tomato Puree
  • Lada Benggala Hijau (potong dadu)
  • Mentega
  • Serbuk Bawang Putih (bahan perapan)
  • Serbuk Kayu Manis (bahan perapan)
  • Serbuk Paprika (bahan perapan)
  • Serbuk Kurman (bahan perapan)
  • Garam dan Lada Sulah
  • Tomato Kecil Kuning dan Merah
  • Buah Zaitun Hitam
  • Serbuk Ketumbar
  • Serbuk Jintan Manis



CARA-CARA PENYEDIAAN:

  1. Perapkan ayam dengan bahan-bahan perapan (pada kedua belah dada ayam). Goreng kedua-dua belah dan ketepikan. Tambah garam dan lada sulah.
  2. Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan bawang Holland, bawang putih hingga naik wangi.
  3. Tambahkan pes tomato dan puri tomato serta bahan-bahan serbuk yang digunakan dalam bahan perapan tadi.
  4. Tambahkan 3 cawan air dan biarkan mereneh.
  5. Tambahkan serbuk ketumbar dan jintan manis, biarkan sebati.
  6. Tambahkan garam dan lada sulah dan masukkan tomato dan buah zaitun hitam.
  7. Tutup api dan masukkan mentega, biarkan sebati.